Anggota trafik cedera dilanggar lari Perodua Axia ketika bertugas

SEORANG anggota polis trafik cedera dipercayai dilanggar lari sebuah kereta jenis Perodua Axia ketika bertugas di Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.47 malam ketika anggota terbabit, Konstabel Roslan Salleh, 27, sedang mengawal lalu lintas.

“Polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 11.40 malam. Siasatan awal mendapati mangsa sedang bertugas di kawasan petak kuning bagi mengawal pergerakan lalu lintas.

“Mangsa dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan yang nombor pendaftarannya masih belum dikenal pasti. Kenderaan berkenaan bertindak melarikan diri, tidak berhenti untuk memberi bantuan kepada kepada mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Zamzuri, mangsa mengalami kecederaan di tapak tangan kanan, belakang kepala dan mengalami kesakitan pada rusuk serta dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan bantuan pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Usaha mengesan pemandu kereta terbabit masih giat dijalankan termasuk melalui semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian dan kawasan sekitar.

“Sebarang maklumat berhubung kejadian boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Mohammad Salehusdin Musa di talian 013-399 4958 atau Balai Polis Trafik Kuala Lumpur di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img