Sultan Mizan berkenan terima menghadap Perdana Menteri

SULTAN Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook berkata, pada pertemuan itu beliau mempersembahkan perkembangan terkini mengenai isu-isu di dalam negara dan Terengganu.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

“Dalam sesi ini, saya berkesempatan menyembah maklum terkait perkembangan mutakhir negara serta negeri Terengganu Darul Iman.

“Mendoakan ke hadrat Allah SWT semoga Duli Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan,” kata beliau dalam hantaran itu.

Beberapa gambar sesi menghadap itu turut dikongsikan bersama hantaran tersebut.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img