PM menghadap Agong, Tunku Mahkota Ismail maklum, bincang perkembangan semasa negara

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru bagi mempersembahkan perkembangan terkini berkaitan hal ehwal negara.

Menerusi perkongsian di Facebook, Perdana Menteri memaklumkan sesi menghadap itu turut menyentuh pelbagai perkara berkaitan perjalanan pentadbiran negara serta langkah yang diambil kerajaan dalam mendepani cabaran semasa.

Menurut beliau, perbincangan turut tertumpu kepada kemelut global yang memberi kesan kepada negara dan rakyat, selain usaha berterusan kerajaan dalam menanganinya secara menyeluruh.

“Dalam sesi menghadap tersebut, saya sentuh mengenai pelbagai perkara melibatkan perjalanan pentadbiran negara dan langkah yang diambil, terutamanya dalam mendepani kemelut global yang turut mengesankan negara dan rakyat.

“Insya-Allah, Kerajaan akan terus bekerja bagi memastikan kebajikan rakyat diperkasa dan negara kekal aman dan makmur,” katanya.

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Ismail Ibrahim menerima menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini. GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri turut menjunjung kasih kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Ibrahim atas perkenan menerima beliau menghadap dalam satu kunjungan singkat ke Johor hari ini.

Dalam hantaran di Facebook, Anwar memaklumkan pertemuan itu turut dimanfaatkan untuk bertukar pandangan berhubung isu yang melibatkan kepentingan negara serta negeri Johor.

“Kami bertukar pandangan dalam isu melibatkan kepentingan negara serta negeri Johor, selain memberi maklum usaha dan tindakan kerajaan dalam mendepani kemelut global saat ini.

“Kerajaan sesungguhnya akan terus bekerja memastikan rakyat dilindungi dan negara kekal aman dan stabil, Insya-Allah,” katanya.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img