13 lelaki ditahan kes gaduh depan pusat hiburan di Kepong

POLIS menahan 13 lelaki warga tempatan dipercayai terbabit dalam pergaduhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Kepong, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira jam 8 pagi daripada seorang anggota polis berusia 47 tahun yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Menurutnya, susulan maklumat itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sentul bersama Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur menjalankan operasi dan berjaya menahan kesemua suspek berusia antara 18 hingga 45 tahun.

“Siasatan awal mendapati pergaduhan dipercayai berpunca daripada tindakan seorang pelanggan dalam keadaan mabuk yang mencetuskan kekecohan di premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek kini direman sehingga 16 April ini bagi membantu siasatan dan kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah, boleh menyalurkan maklumat atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03- 40482222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img