Langgar lari : Pejalan kaki parah dirempuh kereta

SEORANG pejalan kaki parah selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian langgar lari di Jalan Bunga Mawar, Taman Muda, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 12.39 tengah malam tadi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 8.19 malam  ketika mangsa sedang melintas jalan dari kiri ke kanan berhampiran lintasan pejalan kaki.

“Semasa sedang melintas tiba-tiba datang sebuah kereta jenis dan nombor pendaftaran tidak pasti dari arah sebelah kanan pejalan kaki lalu terus melanggar pejalan kaki tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak ke tengah jalan dan mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, polis meminta pemandu kenderaan terbabit tampil ke Balai Polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Ampang Jaya bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian juga diminta tampil atau menghubungi pihak polis di talian 03-92740112,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img