Axelsen pilih bersara, utamakan kesihatan diri

JUARA dua kali pingat emas Sukan Olimpik, Viktor Axelsen hari ini mengumumkan pengunduran daripada arena badminton profesional pada usia 32 tahun selepas bergelut dengan kecederaan belakang yang berpanjangan.

Bekas pemain nombor satu dunia itu menjelaskan bahawa keadaan fizikalnya tidak lagi mengizinkan beliau untuk terus beraksi serta menjalani latihan intensif pada tahap tertinggi.

Menurutnya, pelbagai usaha telah dilakukan termasuk pembedahan endoskopik, rawatan suntikan, pendekatan latihan baharu serta kaedah pemulihan lain, namun kesakitan yang dialami masih berlarutan.

“Saya akhirnya dinasihatkan supaya memberi keutamaan kepada kesihatan jangka panjang. Keputusan ini bukan mudah untuk diterima, tetapi saya perlu akur bahawa tubuh saya tidak lagi mampu meneruskan perjuangan di gelanggang,” katanya menerusi perkongsian dalam media sosial.

Axelsen yang memulakan kerjaya profesional sejak 2010 menutup tirai kariernya dengan pencapaian cemerlang, sekali gus diiktiraf sebagai antara pemain perseorangan lelaki terbaik dalam sejarah badminton dunia.

Sepanjang berada di kemuncak karier, pemain dari Denmark itu berjaya meraih hampir semua gelaran utama termasuk Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia, All England Open Badminton Championships serta Piala Thomas.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img