150 Ketua Komuniti MADANI Johor terima watikah pelantikan

SEBANYAK 150 Ketua Komuniti MADANI negeri Johor sesi 2026/2027 menerima watikah pelantikan yang disampaikan oleh Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil di Segamat hari ini.

Kesemua mereka menerima watikah itu sempena Program JIWA MADANI: Majlis Penyerahan Watikah Ketua Komuniti MADANI Negeri Johor yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Abdullah, Segamat.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi hari ini turut menyantuni komuniti MADANI Negeri Johor dalam program itu yang bertujuan memperkasa peranan Komuniti MADANI sebagai rakan strategik dalam memperkukuh komunikasi dua hala antara kerajaan dan masyarakat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Selain itu, pelbagai pengisian menarik telah diadakan termasuk tayangan video isu semasa, taklimat berkaitan krisis tenaga global serta sesi debat ala Parlimen yang bertujuan memperkukuh kemahiran komunikasi dalam kalangan Komuniti MADANI agar lebih efektif, jelas dan mesra rakyat.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Perpaduan Negara merangkap Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah; Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Julina Johan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img