Tiada niat berperang hanya pertahankan diri, kata Presiden Iran

PRESIDEN Iran Masoud Pezeshkian menegaskan  Iran tidak sedang mengejar peperangan dan tidak mempunyai niat untuk mencetuskan konflik, sebaliknya semua tindakan negara itu adalah berasaskan hak mempertahankan diri yang sah.

Beliau mempertegaskan pendekatan prinsip Iran dalam mengekalkan keamanan, kestabilan dan keselamatan serantau, sambil menyatakan bahawa negara itu tidak pernah menyerang mana-mana pihak dan tidak bercadang untuk bertindak secara agresif.

Pezeshkian  turut menolak gambaran yang melabelkan Iran sebagai negara yang cenderung kepada peperangan, sebaliknya menyifatkan Iran sebagai negara yang mengutamakan keamanan.

Menurutnya, tindak balas Iran adalah reaksi semula jadi mana-mana negara yang mempertahankan diri daripada ancaman.

Presiden Iran  itu berkata prestasi Angkatan Bersenjata Iran dalam menghadapi tekanan serta ancaman daripada Amerika Syarikat dan Israel telah mengejutkan ramai penganalisis, dengan negara itu mampu bertahan walaupun berdepan kuasa besar.

Tambah beliau, pihak musuh yang gagal mencapai objektif kini bertindak menyasarkan infrastruktur awam, termasuk sekolah, hospital, universiti dan kemudahan awam lain, yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

Pezeshkian menyifatkan tindakan sedemikian sebagai tanda kegagalan dan keputusasaan, sambil menegaskan bahawa serangan terhadap orang awam serta kawasan bukan ketenteraan tidak boleh dipertahankan dan bercanggah dengan dakwaan mengenai hak asasi manusia dan demokrasi.

Beliau turut mengkritik naratif bercanggah pihak lawan, dengan menyatakan bahawa dakwaan mahu melihat kemajuan Iran tidak selari dengan kenyataan yang menyeru kemusnahan tamadun negara itu.

Dalam masa sama, beliau mengecam sikap berat sebelah barat di pentas antarabangsa, dengan menegaskan bahawa dakwaan berkaitan hak asasi manusia dan demokrasi perlu dinilai berdasarkan tindakan sebenar Amerika Syarikat dan Israel di rantau tersebut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img