Istana Pahang nafi kewujudan akaun TikTok Sultan Pahang tawar bantuan kepada orang ramai

ISTANA Pahang hari ini menafikan kewujudan sebarang bentuk tawaran bantuan kepada orang ramai oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah seperti yang disebarkan di TikTok.

Penafian itu susulan Istana Pahang mengesan akaun palsu menggunakan nama Tengku Tengku (@tengku.tengku93) meminta pengguna menghantar mesej kepada akaun itu dengan menyertakan nombor telefon untuk mendapatkan tawaran hadiah yang sebenarnya tidak wujud.

Menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang hari ini, baginda memaklumkan tidak mempunyai sebarang akaun media sosial yang dilihat banyak dihasilkan pihak tidak bertanggungjawab dengan menggunakan nama dan gambar baginda untuk memperdaya orang ramai.

“Begitu juga dengan akaun palsu terutama Facebook dan TikTok menggunakan nama dan gambar Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah,” menurut hantaran itu.

Istana Pahang menegaskan bahawa semua akaun berkenaan adalah palsu dan orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai sebarang pautan atau maklumat yang terkandung dalam media sosial palsu serta melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya menerima pelawaan atau kandungan mencurigakan.

Selain itu, semua aktiviti atau titah secara langsung hanya disiarkan melalui platform media sosial Kesultanan Pahang dan di Facebook hanya satu akaun sah Kesultanan Pahang dengan memiliki kira-kira 773,000 orang pengikut ketika ini.

Manakala di platform media sosial lain seperti Instagram, TikTok dan YouTube hanya menggunakan nama Kesultanan Pahang manakala portal rasmi Istana Pahang ialah istanapahang.my.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img