Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir takziah kepada keluarga mangsa kes platform Sepat

SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga tiga pekerja kontraktor yang maut dalam kejadian di platform Sepat di perairan Terengganu-Kelantan, semalam.

Baginda berdua turut berduka cita dan amat bersimpati atas tragedi berkenaan, yang dua daripada mangsa terkorban adalah anak Pahang iaitu Allahyarham Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, dari Kuantan dan Allahyarham Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, dari Bandar Indera Mahkota.

“Baginda berdua mendoakan roh kesemua mangsa dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” menurut hantaran yang dimuat naik dalam laman Facebook Kesultanan Pahang hari ini.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah juga berharap seluruh ahli keluarga mangsa diberikan ketabahan, kekuatan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi saat yang amat sukar dan menyedihkan itu.

Sementara itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut menzahirkan ucapan takziah dan menganggap pemergian mereka ketika melaksanakan amanah dan tanggungjawab dalam pekerjaan adalah satu kehilangan besar, bukan sahaja kepada keluarga tercinta malah kepada industri yang diceburi.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img