DBKL nafi mohon sumbangan, beri amaran penipuan guna nama jabatan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan pihaknya tidak pernah melantik atau memberi kebenaran kepada mana-mana individu, syarikat atau pihak ketiga untuk mendapatkan sumbangan hadiah, tajaan atau sebarang bentuk kutipan bagi program anjurannya.

DBKL dalam kenyataan berkata, orang ramai diminta berwaspada terhadap sebarang permohonan yang menggunakan nama DBKL termasuk yang melibatkan cabutan bertuah, majlis rasmi atau program komuniti.

“Sebarang urusan rasmi berkaitan DBKL hanya akan dilaksanakan melalui saluran dan dokumen rasmi jabatan.

“Orang ramai digalakkan untuk membuat semakan atau pengesahan dengan pihak DBKL sekiranya menerima sebarang permintaan yang meragukan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut DBKL, kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan ketelusan serta mengelakkan sebarang bentuk penipuan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img