DBKL sita 25 penjaja warga asing berniaga tanpa lesen di Jalan Silang

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 25 penjaja warga asing yang didapati menjalankan perniagaan tanpa lesen menerusi operasi khas di sekitar Jalan Sultan, Jalan Leboh Pudu dan Jalan Tun Tan Siew Sin (Jalan Silang).

DBKL dalam kenyataan memaklumkan, operasi dijalankan dari 7 hingga 10 Mei lalu menerusi pemantauan dan rondaan harian di kawasan tumpuan aktiviti perniagaan warga asing.

Menurut kenyataan itu, antara aktiviti dikesan membabitkan penjualan sireh, rokok putih, makanan, buah potong serta aksesori.

“Pemantauan turut dijalankan terhadap halangan di laluan awam membabitkan kerusi, meja dan gerai yang diletakkan premis restoran.

“Hasil tindakan dijalankan, sebanyak 25 sitaan dilakukan terhadap penjaja warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa lesen di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016,” katanya.

Selain itu, enam notis kompaun turut dikeluarkan ke atas premis restoran kerana meletakkan peralatan perniagaan di tempat awam mengikut kesalahan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Menurut DBKL, semua barangan dan peralatan yang disita dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL untuk tujuan rekod serta dokumentasi.

DBKL menegaskan tindakan pemantauan dan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan peraturan dipatuhi.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img