DBKL keluar 55 kompaun dalam Ops Halang di Bukit Bintang

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan 55 notis kompaun dan menunda 10 kenderaan dalam Operasi Bersepadu Halang yang dijalankan di Jalan Sultan dan Jalan Pudu, Bukit Bintang pada Jumaat lalu.

Operasi dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengesan kesalahan halangan lalu lintas serta parkir di lokasi tidak dibenarkan.

DBKL dalam kenyataan memaklumkan tindakan penguatkuasaan itu membabitkan kesalahan menghalang lalu lintas termasuk meletakkan kenderaan di laluan awam dan kawasan larangan mengikut Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 serta Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kenderaan yang ditunda telah dialihkan ke Depoh Simpanan Tunda Kenderaan DBKL untuk penyimpanan sementara dan proses dokumentasi,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, pihak PDRM turut mengeluarkan 21 notis kompaun manakala JPJ mengeluarkan 135 notis kompaun atas pelbagai kesalahan trafik termasuk menghalang lalu lintas, ingkar isyarat jalan raya dan kesalahan am lain.

Menurut DBKL, operasi bersepadu itu akan diteruskan dari semasa ke semasa di beberapa lokasi tumpuan atau hotspot sekitar ibu kota.

Oleh itu, pengguna jalan raya turut diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan serta isyarat lalu lintas yang ditetapkan pihak berkuasa bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan awam.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img