Permit Haji wajib dipatuhi, tiada kompromi terhadap pelanggaran – Kementerian Haji Arab Saudi

KEMENTERIAN Haji dan Umrah Arab Saudi menegaskan kepentingan semua pejabat urusan jemaah dan penyedia perkhidmatan haji untuk memastikan jemaah mendapatkan permit rasmi bagi menunaikan ibadah haji tahun ini.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu memaklumkan bahawa jemaah juga perlu mematuhi prosedur yang diluluskan untuk memasuki Makkah serta kawasan tanah suci.

Langkah itu diambil sebagai sebahagian daripada usaha memastikan keselamatan jemaah, meningkatkan kualiti perkhidmatan dan membolehkan ibadah dilaksanakan dalam keadaan selamat serta teratur.

Kementerian menegaskan bahawa ibadah haji hanya dibenarkan kepada individu yang memperoleh permit rasmi daripada pihak berkuasa berkaitan.

“Tiada kelonggaran akan diberikan terhadap sebarang cubaan menunaikan haji tanpa permit kerana ia merupakan pelanggaran jelas terhadap undang-undang dan peraturan. Tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap pesalah,” menurut kenyataan itu.

Tambah kementerian, pematuhan kepada prosedur rasmi mampu meningkatkan tahap keselamatan dan pengurusan, selain memperkukuh kecekapan kawalan pergerakan jemaah serta memastikan kelancaran aliran di kawasan tanah suci.

Dalam masa sama, kementerian memaklumkan bahawa penyelarasan dengan pejabat urusan jemaah dan penyedia perkhidmatan telah dimulakan sejurus selepas musim haji tahun lalu melalui mesyuarat berkala serta program kesedaran berterusan.

Usaha ini bertujuan meningkatkan kefahaman terhadap peraturan, menggalakkan pematuhan kepada syarat yang ditetapkan, serta memastikan standard keselamatan, organisasi dan kualiti perkhidmatan kepada jemaah berada pada tahap tertinggi sepanjang musim haji.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img