Status perkhidmatan Shuhaily: Peguam Negara akan beri pandangan kepada KDN

JABATAN  Peguam Negara (AGC) akan memberikan pandangan sewajarnya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung status perkhidmatan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

​Langkah berkenaan penting bagi memastikan sebarang tindakan yang diambil adalah teratur serta selaras dengan peruntukan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil maklum berhubung dengan laporan polis yang dibuat terhadap Mohd Shuhaily, yang kini berada di bawah siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

​”Laporan polis terbabit adalah tertakluk kepada siasatan oleh pihak Polis Diraja Malaysia. Dalam hal ini, tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa akan diambil sekiranya kertas siasatan dikemukakan kepada jabatan ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

​Mengulas mengenai urusan perkhidmatan pegawai berkenaan, AGC menegaskan pihak KDN dan PDRM perlu memastikan setiap prosedur dilaksanakan mengikut tatacara yang sah.

​”Berhubung dengan tindakan yang urusan perkhidmatan Mohd Shuhaily, Kementerian Dalam Negeri dan PDRM perlu memastikan tindakan yang akan diambil adalah teratur selaras dengan peruntukan undang-undang serta peraturan yang berkuat kuasa.

​”Jabatan ini akan memberikan pandangan yang sewajarnya kepada pihak kementerian bagi memastikan tindakan yang diambil adalah teratur selaras dengan peruntukan undang-undang serta peraturan yang berkuat kuasa,” katanya.

Pada 21 Oktober lalu, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here