Syarikat sarung tangan tutup operasi, 1,426 pekerja termasuk 304 pekerja tempatan hilang pekerjaan

SERAMAI 1,426 pekerja, termasuk 304 pekerja tempatan, kehilangan pekerjaan berikutan penutupan operasi syarikat sarung tangan di Sepang pada 15 April, menurut Kementerian Sumber Manusia (Kesuma).

Kesuma mengumumkan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) sedang memantau dengan teliti proses penutupan operasi WRP Asia Pacific Sdn Bhd bagi memastikan hak dan kebajikan pekerja terlibat dilindungi.

‘’Pelikuidasi dilantik syarikat menyatakan komitmen bahawa semua tuntutan berkaitan gaji dan faedah penamatan akan diuruskan mengikut prosedur yang ditetapka. Pembayaran gaji bagi Mac 2026 telah diselesaikan, manakala bayaran gaji bagi April 2026 sedang dalam proses,’’ kata Kesuma dalam kenyataan.

Bagaimanapun kata Kesuma sebahagian pekerja tempatan akan ditawarkan kontrak sementara bagi menyempurnakan tugasan kritikal seperti pengurusan dokumen, hal ehwal kewangan, serta tugasan teknikal bagi penyelenggaraan aset dan mesin.

”Pertubuhan Keselamatan Sosial pula sedang melaksanakan proses pemprofilan bagi mengenal pasti kemahiran pekerja untuk dipadankan dengan peluang kerjaya baharu melalui libat urus dengan majikan berpotensi.

“Majikan telah memberi jaminan bahawa kebajikan pekerja asing termasuk penyediaan penginapan dan makanan akan terus dipelihara sehingga proses penempatan semula selesai.

”Pada masa yang sama, usaha sedang dilaksanakan untuk memudah cara penawaran pekerjaan oleh majikan baharu kepada pekerja asing terlibat,” menurut kenyataan itu lagi..

 Pengeluar sarung tangan itu akan menutup operasi perniagaan bermula 15 April lalu, akibat gangguan besar dalam bekalan tenaga dan bahan kimia global disebabkan konflik di Asia Barat.

Syarikat itu menyatakan kos bahan mentah dan bahan kimia meningkat dengan ketara manakala tempoh perolehan menjadi tidak menentu dan pembekal pula menuntut pembayaran awal.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img