Anggota penguat kuasa ditahan terima rasuah RM11,000 lindungi pekerja asing

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seorang anggota penguat kuasa hari ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM11,000 sebagai balasan melindungi pekerja asing daripada diambil tindakan undang-undang.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan usia 30-an itu ditahan kira-kira jam 4 petang ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan itu antara November 2024 hingga April 2025.

“Suspek dipercayai menerima wang rasuah secara bulanan sebanyak tujuh kali melalui transaksi pemindahan wang ke dalam akaun Touch ‘n Go miliknya,” kata sumber itu malam ini.

Sementara itu Timbalan Pengarah Operasi SPRM Pulau Pinang, Mustafa Kamal Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Menurut beliau, kes ini disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img