SPRM tahan suspek kedua kes dokumen palsu RM500,000

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang lagi suspek dipercayai terbabit dalam kes mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu babitkan tuntutan kira-kira RM500,000.

Lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 3.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah di Kota Kinabalu.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek yang juga penjawat awam serta pengarah sebuah syarikat kontraktor disyaki bersubahat dengan seorang lagi lelaki.

“Lelaki terbabit ialah pengarah syarikat pembinaan yang sudah ditahan pada Isnin lalu.

“Suspek ditahan berkaitan kes yang sama iaitu mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu bagi mendapatkan kontrak kerja-kerja pembersihan di sebuah pejabat polis di negeri ini bernilai kira-kira RM500,000,” kata sumber itu hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan kes ini disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img