37 warga asing ditahan, serbuan pusat hiburan di Johor Bahru

SERAMAI 37 warga asing ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor di sebuah pusat hiburan di Stulang Laut, kelmarin.

Dalam operasi yang bermula kira-kira jam 11 malam itu, sepasukan pegawai dari Bahagian Penguatkuasa menjalankan serbuan hasil risikan dan pemantauan berterusan terhadap premis yang disyaki menggaji serta melindungi warga asing tanpa dokumen sah.

Pengarahnya, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, pemeriksaan ke atas individu di dalam premis membawa kepada penahanan 37 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen.

“Mereka terdiri daripada warga Filipina, Bangladesh, India, Pakistan, Indonesia, China, Thailand dan Vietnam berusia antara 20 hingga 53 tahun yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan di pusat hiburan berkenaan.

“Turut ditahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai pengurus premis bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

JIM mengalu-alukan sebarang maklumat berkait kesalahan melindungi PATI serta pemerdagangan orang dan penyeludupan migran ke negara ini,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img