Polis buka siasatan kes anak Ako Mustapha dibuli

POLIS membuka kertas siasatan berhubung dakwaan anak pelakon Ako Mustapha menjadi mangsa buli di sebuah sekolah di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, siasatan kini sedang dijalankan bagi mengenal pasti kejadian sebenar.

“Siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan kita sedang mengumpul maklumat berkaitan kes ini,” katanya ringkas dalam kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan Ako mendakwa anak lelakinya, Mika, menjadi mangsa buli sejak kira-kira setahun lalu di sekolah berkenaan.

Menurutnya, pada peringkat awal, pelaku hanya merosakkan barangan milik anaknya sebelum keadaan menjadi lebih serius tahun ini apabila mangsa menunjukkan perubahan sikap dan enggan ke sekolah.

“Selepas pulang ke rumah dan selesai mandi, barulah dia beritahu dipijak, rambut digunting serta terdapat kesan tapak kasut selain badan berbirat akibat dipukul rakan sekolah,” katanya.

Beliau berkata, anaknya kemudian dibawa ke klinik kesihatan di Setapak sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut dan ditahan di wad.

Kes berkenaan kini dalam siasatan pihak polis.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img