SEORANG pelajar Tingkatan Empat direman enam hari selepas disyaki merogol kenalan perempuannya hingga hamil dua bulan dalam kejadian di daerah Batu Pahat.
Perintah reman terhadap suspek berusia 16 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurasidah A Rahman di Mahkamah Majistret Batu Pahat, bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Berdasarkan lapran diterima, suspek mengenali mangsa yang juga berusia 16 tahun sejak setahun lalu ketika bekerja sambilan di sebuah syarikat katering.
Hubungan itu kemudian menjadi rapat sebelum suspek dipercayai kerap membawa mangsa keluar menaiki motosikal dan membawanya ke tandas awam di Bukit Pasir.
Kejadian itu dipercayai berlaku berulang kali sebelum terbongkar apabila mangsa menyedari dia tidak didatangi haid.
Mangsa kemudian memaklumkan perkara itu kepada ibunya sebelum dibawa ke sebuah klinik untuk pemeriksaan dan disahkan hamil dua bulan.
Terkejut dengan keadaan itu, mangsa bersama ibunya tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat kira-kira jam 4.30 petang semalam.
Bertindak atas laporan tersebut, suspek menyerah diri di IPD berkenaan pada hari sama bagi membantu siasatan lanjut.
IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI
FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


