Pengarah syarikat perabot didakwa pecah amanah RM1.4 juta

SEORANG pengarah syarikat perabot dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini, atas tujuh pertuduhan pecah amanah wang syarikat berjumlah lebih RM1.4 juta, dua tahun lalu.

Tertuduh, Ch’ng Chen Mong, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan, Pengarah MG Furniture Sdn Bhd itu didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan wang syarikat berjumlah RM1.412 juta di sebuah bank di Jalan Sungai Bakap, Taman Sungai Bakap Permai, Sungai Jawi, Seberang Perai Selatan antara 24 Julai hingga 6 September 2024.

Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Hazel Tan Jia Qi manakala tertuduh diwakili peguam S Navindran.

Semasa prosiding, pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM300,000 bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan termasuk melapor diri sebulan sekali di pejabat SPRM serta menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Bagaimanapun, pihak pembelaan memohon jaminan lebih rendah iaitu RM80,000 dengan alasan tertuduh memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM300,000 dengan seorang penjamin serta semua syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 12 Jun depan bagi serahan dokumen.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img