Bekas peguam pecah amanah lebih RM1 juta, hukum penjara 18 tahun

SEORANG bekas peguam dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Teluk Intan hari ini selepas disabitkan kesalahan pecah amanah wang pelanggan berjumlah lebih RM1 juta.

Tertuduh, Firdaus Rizal Abdul Manan, 46, mengaku bersalah terhadap sembilan pertuduhan menyeleweng wang berkenaan dihadapan Hakim Norhazimah Shaiffudin, lapor FMT.

Beliau mengenakan hukuman penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan dan mengarahkan ia berjalan secara berasingan selain mengenakan hukuman denda RM90,000.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Firdaus Rizal didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Teluk Intan antara 2012 dan 2019.

Ketika menjatuhkan hukuman, Norhazimah berkata kesalahan yang dilakukan melibatkan jumlah yang besar, menyebabkan kerugian serta kesukaran yang teruk kepada mangsa.

“Sebahagian daripada mereka telah meninggal dunia dan tidak berpeluang melihat keadilan ditegakkan.

“Selain itu, tiada bukti menunjukkan tertuduh (Firdaus) mengambil langkah untuk memulangkan semula wang kepada mangsa.

“Dia mempunyai masa untuk memperbetulkan keadaan tetapi gagal berbuat demikian,” tambahnya.

Norhazimah turut berkata beliau telah mengambil kira tahap kesihatan Firdaus ketika memutuskan hukuman sebatan, dengan menyatakan bahawa tertuduh menghidap pelbagai penyakit.

“Mahkamah berpendapat bahawa sebatan yang berlebihan bukan hukuman yang sesuai untuk tertuduh,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img