PM umum peruntukan khas RM300,000 bina semula titi roboh di Pulau Gaya

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan khas RM300,000 bagi pembinaan semula titi di Kampung Selamat Lok Urai di Pulau Gaya, Sabah yang roboh pada Hari Raya Aidilfitri lalu.

Menurut kenyataan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), projek itu bagi menggantikan fasiliti sebelum ini yang roboh pada 22 Mac lalu yang menyebabkan beberapa penduduk terjatuh ke dalam laut ketika menyambut hari raya.

“Peruntukan berkenaan akan digunakan sepenuhnya untuk membina semula struktur titi yang lebih kukuh dan selamat, sekali gus menggantikan kemudahan lama yang uzur serta berisiko kepada pengguna.

“Pelaksanaan projek akan dipantau oleh ICU JPM Sabah bagi memastikan ia dapat disiapkan dalam tempoh segera demi kemudahan penduduk di kawasan terbabit,” menurut kenyataan itu.

Menurut ICU JPM, langkah segera itu mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kesulitan yang dihadapi komuniti setempat, selain memberi keutamaan kepada aspek keselamatan awam.

Inisiatif berkenaan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan dan kesejahteraan, di samping memperkukuh pembangunan infrastruktur inklusif untuk semua lapisan masyarakat, katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img