Bekas  Hakim Mahkamah Tinggi Abdul Halim Aman dilantik Ketua Pesuruhanjaya SPRM

BEKAS Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Abdul Halim Aman dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuat kuasa 13 Mei ini.

Abdul Halim akan menggantikan Tan Sri Azam Baki, yang tempoh perkhidmatannya tamat pada 12 Mei selepas menerima tiga lanjutan selama setahun sejak pelantikan bermula Mac 2020.

Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, berkata pelantikan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaras Subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009.

Katanya, cadangan pelantikan itu sebelum ini dipersembahkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim kepada Agong.

“Kerajaan yakin dengan pengalaman luas serta integriti yang tinggi, beliau akan mampu memperkukuh usaha pemerkasaan tadbir urus, meningkatkan keyakinan rakyat serta memperhebat pembanterasan rasuah demi kepentingan negara,” katanya dalam kenyataan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img