‘’Tok Mat Hasan bukan dalang krisis Negeri Sembilan’’ – Zahid

DATUK Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan bahawa Datuk Seri Mohamad Hasan yang menjadi dalang dalam krisis politik Negeri Sembilan berikutan tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO menarik sokongan terhadap Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Sebaliknya, kata Ahmad Zahid yang merupakan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, Mohamad memainkan peranan penting dalam meredakan kemelut pentadbiran Negeri Sembilan ketika ini.

Beliau berkata, Timbalan Presiden itu sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian melalui rundingan bersama kepimpinan parti bagi meredakan situasi.

Sehubungan itu beliau menyifatkan,  tuduhan mengaitkan Ahli Parlimen Rembau itu sebagai dalang krisis di Negeri Sembilan tidak adil.

“Tok Mat yang cuba cari jalan menyelesaikannya. Tidak adil jika ada tuduhan sedemikian terhadap beliau. Beliau sering berbincang dan mengadakan perundingan dengan saya untuk mencari penyelesaian kepada perkara itu.

“Saya juga memaklumkan kepada beliau bahawa ‘benang telah kusut’ dan kita mengetahui punca kekusutan itu. Jadi, kita harus menarik benang itu untuk menjadi lurus semula dengan perlahan-lahan dan dengan kaedah halus,” katanya dalam wawancara bersama media sempena Ulang Tahun UMNO Ke-80, hari ini.

Ahmad Zahid sekali lagi menjelaskan, keputusan UMNO Negeri Sembilan bersama 14 ADUN adalah terus kekal bersama Kerajaan Perpaduan.

“Tidak timbul soal mahu menarik diri untuk menjadi pembangkang. Itu tidak pernah menjadi isu. Mungkin terdapat interpretasi atau persepsi mereka tidak bersetuju dari segi pelantikan menteri besar, tetapi soal itu perlu dilihat dalam konteks lebih luas,’’ kataya.

Mengenai penentuan Menteri Besar, beliau menegaskan ia bukan diputuskan secara bersendirian sebaliknya bergantung kepada konsensus parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan khususnya Pakatan Harapan (PH).

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img