DATUK Dr Akmal Saleh hari membalas kenyataan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Teresa yang menggesa Pas dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu mengemukakan cadangan bagi membantu mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026, dan bukan sekadar mengkritik festival Rain Rave Water Music Festival yang berakhir malam tadi.
Dalam kenyataan melalui Facebook beliau, Ketua Pemuda UMNO itu mempelawa Teresa ke Melaka bagi melihat sendiri bagaimana negeri itu berjaya menjadi antara destinasi pelancongan utama negara tanpa penganjuran acara seperti Rain Rave Water Music Festival.
Akmal yang juga Exco Kerajaan Negeri Melaka berkata, Melaka menerima kira-kira 15 juta pelancong tahun lalu dengan hasil dijana mencecah berbilion ringgit menerusi sektor pelancongan.
“Saya jemput kamu untuk datang ke Melaka dan saya akan bentangkan bagaimana Melaka menjadi negeri utama pelancongan dalam Malaysia tanpa buat acara ala disko jalanan macam di Bukit Bintang.
“Tahun lepas sahaja, 15 juta pelancong datang ke Melaka dengan hasil yang dijana hampir berbilion ringgit dari sektor pelancongan,” katanya
Beliau Mengulas lanjut, Akmal berkata Melaka turut menganjurkan pesta air namun diselitkan dengan elemen kebudayaan dan tradisional tempatan untuk diperkenalkan kepada pelancong.
“Mereka (pelancong) yang datang akan diperkenalkan dengan pakaian tradisional, nyanyian dan persembahan budaya, bukannya dengan persembahan disco jalanan yang kamu banggakan itu.
“Kalau nak promosi negara, bawa dan promosikan budaya yang kita ada supaya pelancong dapat hargai dan diperkenalkan ke mata dunia, bukannya ambil budaya luar dan kita pula promosikan,” katanya.
Kata Akmal lagi, disco jalanan sambil tembak air bukan budaya Malaysia dan promosi pelancongan seharusnya menampilkan budaya tempatan supaya pelancong asing dapat mengenali identiti negara.


