PGA tahan lelaki seludup petai dari negara jiran

BRIGED Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki dan merampas 30 bungkusan petai yang diseludup dari negara jiran di Kampung Lubok Gong, di Rantau Panjang semalam.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan dilakukan oleh Strike Force daripada Batalion Ke-9 apabila mengesan sebuah Proton Wira dalam keadaan mencurigakan di sempadan di Kampung Lubok Gong, kira-kira jam 5.30 petang.

“Mereka kemudian menahan kereta berkenaan dan hasil pemeriksaan menemukan 30 bungkusan plastik mengandungi petai tanpa dokumentasi sah.

“Seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen berkaitan barangan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, petai itu dipercayai diseludup dari Thailand untuk edaran pasaran tempatan dan pemeriksaan mendapati ia disyaki dicemari dengan perosak serta penyakit.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dan petai berkenaan dianggarkan berjumlah RM12,400.

Beliau berkata, semua barangan rampasan diserahkan kepada Jabatan Pertanian Kelantan untuk tindakan lanjut.

“Kes ini  disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167),” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img