JSPT nafi kaitan ‘police escort’ konvoi kenderaan mewah

JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menafikan sekeras-kerasnya sebarang penglibatan dalam kandungan tular di media sosial berkaitan tawaran atau penggunaan khidmat pengiring polis bagi konvoi kenderaan mewah.

Pengarahnya, Datuk Seri Mohammed Hasbullah Ali berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah mengeluarkan kebenaran, sokongan atau pengendorsan kepada mana-mana pihak untuk menggunakan imej, logo atau menyerupai anggota Polis Trafik bagi tujuan promosi seperti yang dipaparkan.

Katanya, susulan itu, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan siasatan sedang dijalankan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“PDRM memandang serius perkara ini dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan identiti pasukan demi kepentingan tertentu serta menyebarkan kandungan yang mengelirukan masyarakat,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan kandungan tidak sahih serta mendapatkan maklumat tepat melalui saluran rasmi PDRM.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img