Lelaki Kemboja kantoi tebang pokok gaharu bernilai tinggi

TINDAKAN seorang lelaki warga Kemboja menebang pokok gaharu secara haram dipercayai untuk dijual membawa padah apabila diberkas polis di kawasan Taman Botanikal Ayer Keroh, Melaka, Isnin lalu.

Suspek berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira jam 2.35 petang di kawasan parkir berhampiran lokasi kejadian selepas dipercayai menebang pokok karas atau gaharu yang mempunyai nilai tinggi di pasaran.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, penahanan dibuat susulan laporan diterima daripada seorang pengawas hutan yang menemui pokok berkenaan dalam keadaan tumbang dengan kesan ditebang.

“Pengadu menyedari kejadian itu kira-kira jam 10 pagi ketika melakukan rondaan di kawasan terbabit.

“Siasatan awal mendapati suspek menggunakan parang untuk menebang pokok itu bagi mendapatkan isi gaharu yang mempunyai nilai tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, polis turut merampas sebuah kereta dipercayai digunakan suspek selain sebilah parang, karung guni dan beberapa keping kayu hasil pokok yang ditebang.

Katanya, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah namun ujian saringan air kencing didapati negatif.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan suspek direman selama empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Melaka, Khirun Nizam Abdul Rahim mengesahkan kejadian pencerobohan di kawasan Taman Botanikal itu serta laporan polis yang dibuat pihak jabatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img