Penghantar makanan cedera digesel MPV dalam terowong Jalan Tun Razak

SEORANG penghantar makanan cedera selepas motosikal ditunggangnya dipercayai bergesel dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam.

Kejadian kira-kira jam 12.24 tengah hari itu berlaku di dalam terowong dari arah Bulatan Kampung Pandan menghala ke Jalan Sultan Yahya Petra dan tular di media sosial menerusi rakaman video berdurasi 24 saat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 28 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC sedang bergerak lurus di lorong paling kiri.

“MPV tersebut dipercayai bergesel dengan motosikal mangsa menyebabkan motosikal itu terjatuh di atas jalan. Pemandu MPV beredar kerana dipercayai tidak menyedari tersebut,” katanya dalam kenyataan.

“Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal mengalami kecederaan luka pada jari kaki kanan, bahu kanan, tangan kanan dan siku kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur manakala, pemandu MPV tidak mengalami sebarang kecederaan dan kedua-dua individu terbabit sudah tampil membuat laporan polis.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Antara tindakan diambil termasuk mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), merakam percakapan saksi dan individu terbabit serta menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian,” ujarnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img