‘Sport rim’ ribuan ringgit CE28 lesap dicuri

POLIS sedang mengesan dua lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian mencuri empat unit sport rim sebuah kereta di sebuah rumah di Taman Desa Minang, Gombak, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada hari yang sama.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6.05 pagi dan membabitkan dua suspek lelaki yang menaiki motosikal jenis Honda EX5.

“Salah seorang suspek bertindak memanjat pagar rumah sebelum melarikan empat buah ‘sportrim’ jenis CE28 berwarna coklat.

“Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri dari lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Mejar Mohd Zulhilmie Mohd Noor di talian 013-4101262 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222 bagi membantu siasatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img