Penceramah bebas, Fathi Na’im lepas tuduhan rogol remaja perempuan

PENCERAMAH bebas, Muhammad Fathi Na’im Mazlam dilepas dan dibebaskan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini daripada pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah hotel, lima tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Tasnim Abu Bakar membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Tertuduh yang memakai sut hitam dilihat tenang ketika keputusan dibacakan di mahkamah.

Dalam penghakimannya, Tasnim berkata, mahkamah mendapati keterangan mangsa yang dirujuk sebagai SP3 tidak dapat dikategorikan sebagai boleh dipercayai.

Menurut beliau, mahkamah sebelum ini membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk mencabar kredibiliti mangsa selepas wujud percanggahan material dalam keterangannya.

“Percanggahan itu membabitkan jawapan mangsa dalam pemeriksaan utama di mahkamah ini yang berbeza dengan keterangan diberikan ketika perbicaraan kes sama di Mahkamah Sesyen Klang.

“Mahkamah meneliti dan mempertimbangkan keseluruhan keterangan saksi pendakwaan, hujahan kedua-dua pihak termasuk Akta Saksi Keterangan Kanak-Kanak (Pindaan) 2024 secara maksimum,” katanya.

Beliau berkata, mahkamah mendapati penjelasan diberikan semasa prosiding mencabar kredibiliti dan perbicaraan tidak boleh dianggap sebagai keterangan yang boleh dipercayai.

“Dengan itu, pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadap pertuduhan pindaan dalam kes ini.

“Oleh demikian, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan pindaan ini,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img