Bot nelayan RM3 juta dicekup, tiga kru Myanmar langgar syarat lesen

SEBUAH vesel nelayan kelas C bersama hasil laut dan peralatan dianggarkan bernilai lebih RM3 juta ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas disyaki melanggar syarat lesen serta menggajikan kru asing tanpa dokumen sah.

Vesel berkenaan ditahan kira-kira 5.2 batu nautika tenggara Pulau Samak sekitar pukul 6.39 petang Ahad lalu menerusi Op Sayong 1/2018 dan Op Khas Tanjung 2.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, hasil pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan tiga kru warga Myanmar termasuk tekong berusia antara 42 hingga 45 tahun.

Menurutnya, siasatan awal mendapati vesel terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan kurang daripada jarak dibenarkan iaitu 15 batu nautika dari daratan terhampir.

“Kesemua kru juga gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan dipercayai melanggar Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semua kru, vesel, peralatan menangkap ikan dan hasil laut kemudian ditahan sebelum diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh untuk tindakan lanjut.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang di perairan negara termasuk pencerobohan syarat lesen dan penggajian kru asing tanpa dokumen sah,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img