Pemandu,3 penumpang parah bas ekspres rempuh jentera penurap jalan di Yong Peng

PEMANDU dan tiga penumpang bas ekspres parah selepas bas dinaiki merempuh jentera penurap jalan raya dalam kemalangan di Kilometer 102.4, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), dekat Yong Peng, awal pagi tadi.

Seramai 20 lagi penumpang dilaporkan selamat dalam kemalangan kira-kira jam jam 12.30 tengah malam itu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Mohd Hafiz Othman berkata, bomba menggerakkan 10 anggota sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 12.57 tengah malam.

“Pasukan keluaran operasi (PKO) menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa sebelum dihantar ke hospital menggunakan pasukan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan ambulans,” katanya dalam kenyataan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img