BN dijangka kekalkan calon muda hadapi PRN Melaka

BARISAN Nasional (BN) dijangka akan terus mengekalkan barisan kepimpinan muda yang dipilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, langkah itu diambil susulan prestasi serta komitmen tinggi semua wakil rakyat sedia ada sepanjang perkhidmatan selain kesepakatan dalam semangat setiakawan serta bekerja sebagai satu pasukan yang baik.

“Generasi baharu yang dipilih penggal lepas kebanyakannya berusia bawah 50 tahun dan masih mampu meneruskan perkhidmatan terbaik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Sekalung Budi Pesara Bomba sempena Sambutan Hari Bomba Sedunia peringkat Parlimen Masjid Tanah di Alor Gajah hari ini.

Penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 akan berakhir pada Disember ini, sekali gus membuka laluan kepada PRN.

Ab Rauf ketika ditanya mengenai pemilihan calon bagi PRN akan datang berkata, masih terlalu awal untuk memuktamadkan senarai individu yang akan dikekalkan atau sebaliknya.

“Untuk memikirkan siapa yang ada dan siapa yang tiada, itu belum tiba masanya. Senarai calon dah lama saya pendekkan. Saya tak pernah panjangkan nama calon ini, jadi tunggu masa untuk kita umumkan,” kata beliau.

Sementara itu, berhubung kemungkinan Melaka mengadakan PRN serentak dengan Johor, beliau memberitahu, situasi politik di setiap negeri adalah berbeza dan memerlukan penelitian sewajarnya.

“Suasana di Johor dan Melaka tidak sama, begitu juga suasana di Melaka dan Malaysia secara keseluruhan. Kita akan memikirkan cara terbaik bagaimana Melaka boleh berdiri di atas kaki sendiri,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img