Trump lawat China 3 hari, bertemu Xi Jinping bincang isu berkepentingan tinggi

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengadakan pertemuan dengan pemimpin China, Xi Jinping di Great Hall of the People hari ini bagi memulakan sidang kemuncak yang dianggap mempunyai kepentingan sangat tinggi.

Memetik laporan AFP, kedua-dua pemimpin itu berjabat tangan sejurus Trump tiba dengan kenderaan rasmi di tangga bangunan berkenaan.

Ketibaan beliau disambut oleh delegasi AS yang turut disertai Setiausaha Negara, Marco Rubio; Setiausaha Perang, Pete Hegseth serta barisan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) terkemuka termasuk Elon Musk.

Pertemuan itu menjadi tumpuan dunia memandangkan ia melibatkan perbincangan strategik antara dua kuasa besar ekonomi dunia tersebut.

Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan isu-isu sensitif yang memecah-belahkan dua kuasa besar dunia, perdagangan dan pembangunan.

Terdahulu Trump tiba di negara itu pada petang Rabu.

Ia adalah lawatan pertama Presiden AS ke China dalam hampir sembilan tahun dan kedua buat Trump sejak November 2017.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img