Namewee bebas dua pertuduhan dadah

PENYANYI rap kontroversi, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namawee dilepaskan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini daripada dua pertuduhan berkaitan dadah selepas pihak pendakwaan menerima representasi dikemukakan artis berkenaan.

Keputusan itu dibuat Majistret Khairunnisak Hassni selepas dimaklumkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi kedua Namawee untuk menggugurkan kedua-dua pertuduhan.

Sebelum ini, representasi awal dikemukakan Namawee bagi menggugurkan pertuduhan mengikut Seksyen 9(1) Akta Racun 1952 dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 ditolak AGC bulan lalu.

Pada Januari lalu, artis tersebut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki 0.78 gram sildenafil dan pertuduhan pindaan memiliki 1.57 gram methamphetamine di sebuah bilik hotel di Banyan Tree Kuala Lumpur, Jalan Conlay pada 22 Oktober 2025.

Sildenafil ialah bahan kawalan yang lazim digunakan dalam ubat disfungsi erektil.

Namawee sebelum ini ditahan di hotel berkenaan selepas membuat laporan mengenai kematian seorang pempengaruh wanita dari Taiwan, Hsieh Yun Hsin.

Peguam Fadhli Sutris mewakili Namawee manakala pihak pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurainizatul Farhana Zainal.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img