Op Teguh 2.0: Sindiket penipuan antarabangsa tumpas, aset RM57.68 juta dirampas

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket penipuan dalam talian antarabangsa yang beroperasi di kondominium mewah sekitar Lembah Klang menerusi puluhan serbuan yang dijalankan pada 6 dan 7 Mei lalu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, dalam kejayaan itu, seramai 187 individu ditahan serta rampasan aset bernilai RM57.68 juta menerusi Op Teguh 2.0.

“Operasi dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Cawangan Khas, Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA), CyberSecurity Malaysia (CSM) serta Telekom Malaysia (TM),” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, operasi itu memberi tumpuan kepada kegiatan pusat panggilan (calling centre), penipuan pelaburan saham, penipuan kewangan serta jenayah komersial rentas sempadan yang menyasarkan warga tempatan dan luar negara.

Tambanya, sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 46 serbuan dilakukan di beberapa premis kediaman termasuk kondominium mewah sekitar Lembah Klang.

“Hasil operasi itu, seramai 187 individu terdiri daripada 151 lelaki dan 36 wanita pelbagai warganegara berjaya ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti penipuan dalam talian rentas sempadan,” katanya.

Mohd Khalid berkata, tangkapan melibatkan 129 warga China, 23 warga tempatan selain warga Jepun, Vietnam, Indonesia, Laos, Thailand, Filipina dan Myanmar.

Antara rampasan utama adalah tiga hartanah mewah bernilai RM38 juta selain 20 kenderaan mewah termasuk Rolls-Royce Cullinan, Mercedes-Benz G63, Toyota Supra MK4 dan Zeekr 009 Executive bernilai RM6.58 juta.

“Turut dirampas adalah 67 unit barangan mewah seperti jam tangan, beg tangan, barang kemas, dompet dan jongkong emas bernilai RM12 juta selain 556 unit peranti digital termasuk telefon bimbit, komputer dan komputer riba,” ujarnya.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati sindiket berkenaan menyasarkan mangsa dari Hong Kong, China, Korea dan Jepun menerusi pelbagai modus operandi termasuk penipuan pelaburan tidak wujud, phone scam, love scam serta perjudian dalam talian.

Beliau berkata, kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 120B Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img