‘Kita fokus kepada PH, usaha dilakukan Kerajaan Perpaduan’ – Fahmi

FOKUS perlu diberikan kepada Konvensyen Pakatan Harapan (PH) pada esok dan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan untuk rakyat di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil berkata, apabila Kerajaan Persekutuan berada dalam satu kedudukan yang stabil, maka banyak isu yang dihadapi termasuk di negeri-negeri dapat diuruskan dengan baik.

“Apa yang menjadi keutamaan adalah untuk mentafsirkan kejayaan Kerajaan Perpaduan ke dalam satu bentuk yang dapat dinikmati secara langsung oleh rakyat.

“Kita fokus kepada PH dan kita lihat di bawah pentadbiran Perdana Menteri (Anwar) dan usaha Kerajaan Perpaduan sebenarnya banyak perkara yang kita dah berjaya uruskan sama ada dari segi ekonominya, kita lihat keutuhan nilai mata wang ringgit.

“Tak dinafikan, jumlah pelaburan yang masuk (banyak) dan usaha untuk menyelesaikan masalah di negeri-negeri. Saya bagi contoh negeri Johor, Alhamdulillah dengan kestabilan politik banyak perkara berjaya Kerajaan Persekutuan bantu untuk uruskan sama ada hospital di Pontian, Kolej Vokasional di Pengerang, Forest City, RTS dan isu-isu membabitkan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) sama ada di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) atau Bangunan Sultan Iskandar (BSI),” katanya.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau persiapan akhir Konvensyen PH itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di Johor Bahru hari ini.

Ditanya mengenai sidang media oleh bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli yang diadakan secara serentak dengan Konvensyen PH esok, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Pantai secara bersahaja memberi reaksi ringkas `Meh…six seven,” mengenai perkara itu.

Pada Rabu lalu, Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi memaklumkan beliau bersama bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad akan mengadakan sidang media berhubung hala tuju politik mereka esok.

Rafizi dilaporkan berkata, pengumuman hala tuju politiknya bersama Nik Nazmi itu sebagai sesuatu yang luar biasa dan bukan sekadar pengumuman politik biasa.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img