TENTERA Laut Israel sedang bersiap untuk memintas kapal Global Sumud flotilla dari Turkiye menuju ke Semenanjung Gaza yang melibatkan kira-kira 50 kapal.
Menurut laporan media Israel, Maariv.co.id, aktivis flotila Turki ke Gaza mendakwa kapal-kapal tidak dikenali sedang mengelilingi mereka. Seperti dilaporkan sebelum ini, tentera laut Israel sedang bersiap untuk menghentikan flotila yang berlepas dari pantai Marmaris di Turki dalam tempoh beberapa jam akan datang, selepas armada itu belayar selama dua hari menuju pesisir Gaza.
Kapal-kapal tentera laut Israel dilaporkan sudah bergerak ke tengah laut. Pasukan itu merangkumi kapal peluru berpandu, bot milik unit komando elit Shayetet 13, kapal peronda jenis Dvora serta kapal pendarat yang dikatakan akan digunakan sebagai “penjara terapung”.


