Komando Zionis siap sedia rampas kapal Global Sumud, lapor media Israel

TENTERA  Laut Israel sedang bersiap untuk memintas  kapal Global Sumud flotilla  dari Turkiye menuju ke Semenanjung Gaza yang melibatkan kira-kira 50 kapal.

Menurut laporan media Israel, Maariv.co.id, aktivis flotila Turki ke Gaza mendakwa kapal-kapal tidak dikenali sedang mengelilingi mereka. Seperti dilaporkan sebelum ini, tentera laut Israel sedang bersiap untuk menghentikan flotila  yang berlepas dari pantai Marmaris di Turki dalam tempoh beberapa jam akan datang, selepas armada itu belayar selama dua hari menuju pesisir Gaza.

Kapal-kapal tentera laut Israel dilaporkan sudah bergerak ke tengah laut. Pasukan itu merangkumi kapal peluru berpandu, bot milik unit komando elit Shayetet 13, kapal peronda jenis Dvora serta kapal pendarat yang dikatakan akan digunakan sebagai “penjara terapung”.

Seorang pegawai tentera Israel yang enggan dikenali memberitahu Yedioth Ahronot bahawa tentera mungkin menggunakan “senjata sejuk” dalam operasi terhadap armada tersebut. Istilah itu merujuk kepada penggunaan alat pemukul dan bom kejut bukan senjata api, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penganjur flotila.

Benjamin Netanyahu turut mengadakan mesyuarat kabinet keselamatan pada Ahad malam bagi membincangkan konvoi yang dijangka tiba di pesisir Gaza dalam tempoh 48 jam akan datang. Seorang pegawai politik Israel berkata Netanyahu dijadual mengadakan lagi mesyuarat keselamatan susulan pada Isnin.

Antara peserta flotila kali ini ialah Sayf Abu Kish dan Thiago Avila, dua aktivis yang sebelum ini dilaporkan ditahan tentera Israel dalam misi Sumud pada musim bunga 2026. Kedua-duanya dikatakan dibawa secara paksa ke Israel selepas ditahan dan tidak dibebaskan serta-merta.

Penyertaan semula kedua-dua aktivis itu dilihat mencerminkan tekad penganjur flotila untuk terus mencabar sekatan laut Israel ke atas Gaza meskipun berdepan risiko peribadi yang besar.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img