Malaysia tuntut 16 aktiviti ditahan tentera Israel dibebas segera

MALAYSIA mengecam tindakan Israel yang memintas flotila membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza serta menahan lebih 100 aktivis, termasuk 16 rakyat Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan kurang ajar rejim jahat tersebut terhadap misi bantuan kemanusiaan ini bukan sahaja mencabuli hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa, malah memperlihatkan kerakusan rejim Zionis dalam menutup ruang bantuan, menyekat suara kemanusiaan dan menindas sesiapa sahaja yang bangkit mempertahan dan membela rakyat Palestin.

‘’Malaysia lantas mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut dan menuntut jaminan keselamatan serta pembebasan segera kesemua aktivis yang ditahan,’’ katanya dalam kenyataan melali Facebook beliau.

Kata Perdana Menteri, dunia tidak boleh terus tunduk kepada kezaliman dan kebobrokan.

‘’ Penindasan ke atas warga Palestin dan kepada mereka yang menggerak serta membawa bantuan kemanusiaan mesti dihentikan segera, dan Israel mesti berdepan keadilan dan pertanggungjawaban!,’’ katanya.

Terdahulu Ketua Pengarah Pusat Operasi Sumud Nusantara (SNCC) Malaysia Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, setakat 7 petang tadi (waktu Malaysia), jumlah rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ditahan tentera Israel setakat ini meningkat kepada 16 orang.

Kesemua 16 rakyat Malaysia itu menaiki sembilan kapal, sebahagian daripada 15 yang dilaporkan dipintas dan diceroboh rejim Zionis.

Menurut Sany, 15 kapal flotilla dipintas tentera Israel dalam gerakan itu terdiri daripada Cactus, Zio Faster, Holy Blue, Ferluto, Kyriakos, Amanda, Blue Toys, Barbaris, Isobella, Josef, Tenaz, Bianca Ita, Abodes, Gotico dan Themis (Freedom Flotilla).

Ketika ini, 37 kapal flotilla yang membawa 13 lagi rakyat Malaysia masih meneruskan pelayaran menuju Gaza, walaupun berdepan risiko keselamatan tinggi susulan ancaman pemintasan dan tindakan agresif berterusan tentera Israel.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img