Tentera Israel didakwa akan guna kapal penjara tempatkan aktivis flotila

TENTERA Israel didakwa akan menggunakan sebuah kapal penjara bagi menempatkan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang ditahan, selepas misi kemanusiaan itu dipintas di perairan antarabangsa.

Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, kapal berkenaan dipercayai digunakan sebagai pusat tahanan sementara di laut bagi mengelakkan tekanan undang-undang antarabangsa.

“Saya menjangkakan mereka akan dibawa ke kapal tahanan itu. Kalau dibawa terus ke Ashdod, mereka terikat dengan undang-undang baharu yang memerlukan tahanan dilepaskan dalam tempoh 24 jam,” katanya pada sidang media di  Sepang hari ini.

Sany Araby berkata,  tindakan menempatkan tahanan di atas kapal itu merupakan helah untuk membolehkan Israel menahan aktivis lebih lama tanpa tekanan perundangan, sekali gus membangkitkan kemarahan masyarakat dunia.

Sani berkata, setakat ini tiada laporan melibatkan  penggunaan helikopter atau tembakan air seperti insiden yang dihadapi GSF sebelum ini.

Sebaliknya beliau berkata, tentera Israel bertindak mematikan kamera pemantauan, menggunakan ‘jammer’ dan merosakkan sistem kamera litar tertutup CCTV pada kapal.

Beliau turut mendakwa tindakan memintas flotila itu sebenarnya bagi menggagalkan usaha mengiktiraf koridor laut antarabangsa untuk penghantaran bantuan ke Gaza.

Sebelum ini, SNCC mengesahkan hampir 150 aktivis ditahan daripada 18 kapal dipintas Israel, termasuk 16 rakyat Malaysia.

Memetik media Israel, kesemua aktivis yang ditahan akan dipindahkan ke pelabuhan Ashdod untuk proses dokumentasi dan pengusiran, manakala operasi mengambil alih keseluruhan 54 kapal itu dijangka berlarutan sehingga esok.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img