Tiga penunggang buat aksi wheelie didakwa esok

TIGA lelaki akan didakwa di Mahkamah Trafik Jalan Duta, esok selepas dipercayai melakukan aksi wheelie secara berbahaya dalam dua kejadian berasingan yang videonya tular di media sosial TikTok.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, dalam kejadian pertama, seorang remaja berusia 19 tahun didakwa melakukan aksi wheelie ketika menunggang motosikal di Jalan Raja Laut kira-kira jam 2 pagi pada 25 April lalu.

“Remaja terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya,” katanya.

Sementara itu, dalam kes berasingan di Lebuhraya Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE) pada 9 Mei lalu, dua lelaki masing-masing berusia 36 dan 31 tahun turut didakwa melakukan aksi sama ketika menunggang motosikal berkuasa besar

Menurutnya, video aksi berbahaya ketiga-tiga lelaki itu tular di TikTok sebelum siasatan dijalankan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur.

“Arahan pertuduhan dikeluarkan Timbalan Pendakwa Raya mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Ketiga-tiga tertuduh dijangka didakwa di Mahkamah Trafik (MMJ13) Jalan Duta pada jam 9 pagi esok,” ujarnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img