‘’Saya tak diajak…saya tak tahu dia buat parti baharu’’ – Aminuddin

NAIB Presiden PKR, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, beliau tidak dijemput untuk menyertai Parti Bersama Malaysia (BERSAMA)  yang diambil alih oleh bekas Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli.

Bagaimanapun Aminuddin yang dianggap oleh Rafizi bagaikan abangnya berkata, beliau menghormati hak dan keputusan diambil bekas Timbalan Presiden PKR itu.

“Saya tak diajak. Mula-mula dia kata (nak umum) hala tuju, saya tak tahu dia buat parti baru (tapi) kita hormatlah. Dia nak buat parti sendiri terpulang pada dia,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Seremban hari ini.

Rafizi – bersama bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad – pada 17 Mei lalu mengumumkan langkah terbaru mereka dalam politik dengan mengambil alih BERSAMA.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata Rafizi ada hak untuk menentukan apa yang perlu dilakukannya dalam politik termasuk menubuhkan parti baru.

“Semua orang nak buat parti sekarang,” katanya.

Aminuddin juga memberitahu, seseorang ahli politik menubuhkan parti lain bukanan sesuatu yang baru bahkan ia turut melibatkan UMNO  dan serpihannya.

Antaranya, kata Aminuddin, ialah kemunculan Pas dan Semangat 46.

Justeru, katanya, apa yang berlaku sekarang adalah perkara biasa termasuk untuk PKR yang telah melalui sejarah panjang sejak ia muncul lebih 20 tahun lalu.

Aminuddin juga tidak menolak kemungkinan BERSAMA sedikit sebanyak memberi kesan kepada PKR apabila segelintir kecil ahli mengikut jejak Rafizi.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img