Dunia kecam cara Israel layan aktivis flotilla, anggap cabul maruah manusia

TINDAKAN menteri yang dianggap paling jahat dan kejam di Israel, Itamar Ben-Gvir melayan aktivis flotila menyebabkan Israel kini menjadi sasaran kecaman pemimpin dunia.

Akibat tekanan yang semakin meningkat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengeluarkan teguran kepada Menteri Keselamatan Negara Israel itu dan mengarahkan kesemua aktivis dihantar pulang secepat mungkin.

Segalanya bermula apabila, Itamar Ben-Gvir memuat naik sebuah video pada hari Rabu yang menunjukkan beliau mengejek aktivis daripada flotila Gaza yang dipintas Israel.

Puluhan aktivis kelihatan dalam rakaman itu dipaksa melutut dengan tangan diikat di sebuah kemudahan pelabuhan Ashdod, tempat mereka diproses sebelum kemungkinan dihantar pulang.

Antara mereka yang berada dalam flotila yang dipintas Israel termasuk warga Itali dan Sepanyol.

Kerajaan kedua-dua negara berkata mereka akan memanggil duta Israel masing-masing untuk memberi teguran berhubung tindakan Ben Gvir.

Manakala Netanyahu dalam teguran kepada Ben-Gvir menegaskan bahawa kelakuannya tidak selari dengan nilai Israel.

Selain akitivis dipaksa melutut, Video seorang aktivis wanita menjerit “Free Palestine” sebelum kepalanya ditarik dan dia ditolak ke tanah oleh pegawai keselamatan yang kemudian menyeretnya keluar daripada laluan Ben Gvir ketika beliau melawat kemudahan itu menjadi perhatian dunia.

Layanan terhadap tahanan dilihat menyerupai cara pasukan keselamatan mengendalikan tahanan pengganas berisiko tinggi di penjara di bawah seliaan Ben Gvir, yang sebelum ini juga mencetuskan dakwaan penderaan.

Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni, menyifatkan rakaman itu sebagai “tidak boleh diterima” dan membantah layanan terhadap aktivis yang dianggap mencabul maruah manusia. Kementerian Luar Itali berkata seorang ahli parlimen dan wartawan Itali termasuk antara yang ditahan.

Menteri Luar Perancis, Jean-Noël Barrot, turut berkata beliau telah memanggil duta Israel di Paris berhubung layanan terhadap rakyat Perancis dalam flotila tersebut.

Presiden Korea Selatan, Lee Jae-myung, turut mengkritik tindakan Israel dan menyifatkannya sebagai “melampaui batas.”

Sepanyol dan Ireland juga mengeluarkan kenyataan mengutuk tingkah laku Ben Gvir.

Malah pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, turut mengkritik tindakan itu. Duta AS ke Israel, Mike Huckabee, menulis bahawa “Flotila itu mungkin aksi bodoh, tetapi Ben Gvir mengkhianati maruah negaranya.”

Menteri Luar Israel, Gideon Sa’ar, turut mengecam Ben Gvir secara terbuka dan menuduh beliau merosakkan imej negara.

“Anda sengaja menyebabkan kerosakan kepada negara melalui aksi memalukan ini,” tulis Sa’ar.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img