Lelaki ditemukan mati dibunuh di hadapan kedai makan di Pontian

SEORANG  lelaki ditemukan maut dalam keadaan berlumuran darah di hadapan sebuah kedai makan di Pekan Nanas, Pontian hari ini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussein Mion Hussain berkata, sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ke lokasi berkenaan selepas menerima maklumat jam 3.53 pagi.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati mangsa adalah lelaki warga tempatan berusia 22 tahun.

“Mangsa ditemukan mengalami kecederaan parah di tangan serta kaki dan disahkan meninggal di lokasi kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

“Polis sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian serta mengesan suspek yang terlibat, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hafzrat Hussein berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Asisten Komisioner Ahmad Shah Abdul Rasheed di talian 019-7578020 atau balai polis berdekatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img