Negara anggota APEC perlu perkukuh kerjasama pastikan ekonomi PKS tidak tercicir

SEMUA negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) perlu saling bekerjasama bagi memastikan ekonomi khususnya syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara terbabit tidak tercicir.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, Malaysia menekankan tiga aspek utama dalam pembangunan ekonomi negara anggota itu iaitu transformasi ekonomi digitalisasi, penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan peralihan hijau.

“Ketiga-tiga ini perlu diberi penekanan iaitu bagaimana pentingnya ekonomi yang terlibat untuk kita menumpukan perhatian kepada digitalisasi, pengambilan AI dan juga peralihan hijau ini.

“Ia melibatkan banyak syarikat-syarikat PKS terutama negara-negara yang sedang membangun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sempena lawatan kerja beliau ke Mesyuarat Menteri-Menteri Perdagangan APEC (MRT) 2026 di Suzhou, China hari ini.

Menurut Johari, ketiga-tiga agenda itu amat penting dalam memastikan pembangunan ekonomi negara anggota terus mampan dan berdaya saing pada masa depan khususnya sektor PKS.

“Namun cabaran utama yang dihadapi adalah melibatkan syarikat PKS khususnya di negara sedang membangun kerana kos pelaksanaan agenda digitalisasi, AI dan kelestarian hijau agak tinggi.

“Jika kos terlalu tinggi, ia akan memberi kesan kepada daya saing produk mereka dan menyukarkan syarikat untuk melaksanakan transformasi berkenaan,” ujarnya.

Johari memberitahu, agenda penggunaan AI juga dilihat lebih kompleks dan memerlukan kesiapsiagaan tinggi dalam kalangan syarikat, khususnya PKS yang mempunyai kekangan dari segi kos dan kepakaran.

Tambahnya, peralihan ke arah kelestarian hijau turut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan syarikat kerana ia berpotensi meningkatkan kos operasi mereka.

Sehubungan itu, beliau menegaskan negara anggota APEC perlu memainkan peranan dalam membantu dan menggalakkan penyertaan PKS supaya sektor itu tidak terpinggir dalam pembangunan ekonomi setiap negara anggota.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img