Elak motosikal di selekoh punca nahas ragut dua nyawa

CUBAAN seorang pengawal keselamatan mengelak motosikal di selekoh dipercayai menjadi punca kemalangan maut yang meragut nyawa seorang jurujual dan pelajar lelaki di Jalan Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, lewat malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu, penunggang motosikal berusia 28 tahun dan pembonceng berusia 14 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan membabitkan dua kenderaan itu pada jam 12.50 tengah malam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu kereta berusia 51 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat bekerja.

“Semasa melalui selekoh di Jalan Ampang Pecah, pemandu disyaki cuba mengelak sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 28 tahun dan dibonceng pelajar lelaki berusia 14 tahun yang datang dari arah bertentangan.

“Tindakan itu menyebabkan kenderaan tersebut bertembung dengan motosikal sebelum terbabas ke laluan bertentangan manakala motosikal tercampak ke bahu jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, pemandu kereta terbabit dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk menerima rawatan lanjut.

Ibrahim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Khairul Salleh Abdull Rahman di talian 03-6064 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img